Pengenalan
Bedah Mulut adalah salah satu bidang kepakaran pergigian yang menyediakan penjagaan gigi sekunder. Perkhidmatan ini memerlukan kemudahan berasaskan hospital. Skop perkhidmatan kami adalah memastikan khidmat rawatan komprehensif merangkumi penentuan penyakit rawatan dan pemulihan kepada semua pesakit yang mempunyai masalah pembedahan mulut dan maksilofasial dan pergigian untuk membaikpulih dari aspek fungsi, estetik serta peningkatan kualiti hidup melalui konsep orally-fit.