facebook youtube twitter rss

  • English (UK)

| Bahasa Lain

A- A A+
a a a

Pengenalan

Jabatan Kecemasan Hospital Kajang memberi perawatan kecemasan 24 jam sehari serta memberi rawatan pesakit luar kepada penduduk sekitar kawasan daerah Hulu Langat. Populasi daerah Hulu Langat adalah dijangka mencecah seramai 1.2 juta orang, oleh kerana keadaan yang pesat membangun di kawasan ini. Hospital Kajang juga adalah antara hospital yang beroperasi dikawasan ini, manakala hospital yang berhampiran dimana mempunyai rangkaiaan penyediaan perkhidmatan kesihatan yang sama adalah seperti Hospital Serdang dan Hospital PutraJaya. Jabatan Kecemasan telah mula beroperasi di bangunan ubahsuai baru sejak tahun 1hb Mei 2003 dan bangunan asalnya adalah bangunan pentadbiran hospital dimana ia telahpun di iktiraf sebagai bangunan bersejarah berusia 100 tahun. Jabatan Kecemasan Hospital Kajang juga adalah Jabatan Kecemasan yang kedua sibuk di Negeri Selangor dan juga merupakan antara Jabatan kecemasan termoden dan tercanggih di Malaysia. Sejarah perkhidmatan kecemasan telah bermula sejak tahun 1895 dimana pada masa tersebut ia dikenali sebagai Unit Kemalangan dan Kecemasan. Jabatan Kecemasan juga memainkan peranan sebagai institusi pendidikan perubatan kepada golongan pelajar yang ditempatkan untuk memperolehi ilmu dan pengetahuan dalam bidang perubatan kecemasan. Sehubungan dengan itu Fakulti Perubatan UPM, Kolej Pelatih Pembantu Perubatan dan Kolej Kejururawatan awam dan swasta menghantar pelajar untuk penempatan klinikal.

 

Jabatan kecemasan adalah satu jabatan yang amat penting kerana ianya pintu masuk utama pesakit dirawat sebelum dirujuk / dimasukkan ke wad atau ke lain-lain unit. Jabatan ini pada mulanya dikelolakan oleh Ketua Jabatan Orthopedic dan diambil alih oleh Ketua Jabatan Pembedahan dan akhirnya dikelolakan oleh Ketua Jabatan Kecemasan Dan Trauma sendiri pada Jan 2010 iaitu seorang Pakar Kecemasan dan trauma serta dibantu oleh Seorang Pegawai Perubatan Y/M UD52, Pegawai Perubatan UD 48,UD 44, UD 41, Penolong Pegawai Perubatan U41(belum diisi),U36,U32,U29, Ketua Jururawat U32, Jururawat Terlatih U29, Penolong Jururawat U11, Pembantu Perawatan Kesihatan U14 (belum Diisi),U12,U3 Serta pemandu ambulan .

 

Apabila zaman berlalu Jabatan ini telah dinaik taraf dari sebuah Unit kepada sebuah Jabatan dan lebih mengutamakan pengurusan perawatan kecemasan. Skop dan peranan Jabatan semakin meluas dan mencabar dalam arus pemodenan bidang perubatan terkini. Bidang perubatan masa kini melalui era dunia tanpa sempadan dimana pelbagai teknologi terkini digunakan bagi membantu penjagaan kesihatan global. Seiring dengan perubahan masa dan teknologi , perubahan minda dan pengetahuan juga dianggap semestinya perlu bagi mengimbangi perubahan tamadun.

Cetak Emel