Pengenalan
Bahagian Kejururawatan bertanggungjawab dalam pengurusan perkhidmatan perawatan kepada semua pelanggan-pelanggan di Hospital Kajang. Peranan dan tanggungjawab pihak Bahagian Kejururawatan adalah mempastikan perlaksanaan polisi dan prosedur perawatan dijalankan dengan selamat, berkualiti dan kos efektif, kakitangan perawatan yang cukup mengikut norma kepakaran dan keperluan, peralatan yang digunakan berfungsi dan selamat untuk pelanggan, menguruskan latihan modal insan yang berteraskan pembinaan sahsiah diri dan kemahiran profesionalisma.
Kakitangan Bahagian Kejururawatan adalah seramai 503 dianggotai oleh jururawat – jururawat dari pelbagai gred dan anggota sokongan. Kumpulan Profesional dan Pengurusan terdiri daripada Ketua Penyelia Jururawat U42 dan Jururawat Klinikal U41. Kumpulan Sokongan terdiri daripada Penyelia Jururawat Gred U36, Ketua Jururawat U32, Jururawat U29, Jururawat Masyarakat U 24 dan U 19, Penolong Jururawat U14 dan U11 dan Bidan U11.
Perkhidmatan dan aktiviti perawatan di hospital Kajang adalah merupakan tulang belakang dalam membina Jenama Unggul sebagai hospital yang berprestij dan kehadapan dalam memberi perkhidmatan dan kepuasan kepada pelanggan.
Fungsi Utama bahagian ini ialah untuk memberi perkhidmatan jagarawatan kepada pesakit–pesakit. Perkhidmatan jagarawatan yang diberi ialah seperti jagarawatan pesakit dalam, perkhidmatan pesakit luar dan komuniti.