• Utama
  • Mengenai Kami
  • Perutusan Pengarah

Perutusan Pengarah

Sepatah Kata Daripada Pengarah Hospital

 

ppDengan amat sukacitanya saya merakamkan ucapan tahniah kepada kakitangan yang telah bertungkus-lumus untuk membangunkan Laman Web Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam.

Hospital Tengku Ampuan Jemaah yang mempunyai 93 katil telah mula memberi perkhidmatan kepada masyarakat mulai tahun 1994. Kini dalam usia 22 tahun, hospital ini telah berjaya menyumbang kepada peningkatan mutu kesihatan rakyat di Daerah Sabak Bernam dan daerah lain yang berhampiran.

Hospital ini juga telah mempunyai Persijilan MS ISO 9001:2008, Pengiktirafan Akreditasi MSQH dan Hospital Rakan Bayi.

Kejayaan hospital ini tidak akan tercapai tanpa kerjasama semua pihak terutamanya warga kerja yang sentiasa memberi sumbangan ke arah peningkatan kualiti hospital.

Saya yakin Hospital Tengku Ampuan Jemaah akan maju ke hadapan dalam usaha mengekalkan kualiti perkhidmatan ke arah kecemerlangan demi untuk membina nusa dan bangsa yang sihat, cerdas, gagah dan maju jaya.

Sekian, terima kasih.

 tt

Cetak Emel