Perutusan Pengarah

Sepatah Kata Daripada Pengarah Hospital

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum W.W dan selamat sejahtera…
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.A.T kerana dengan limpah kurniaNYA, IzinNYA dan kasih sayangNYA, Laman Web HTAJ ini dapat dihasilkan dengan baik sekali seperti yg dirancang. Saya ingin merakamkan setinggi tinggi tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah meletakkan segala keringat gigih dalam usaha untuk merealisasikan kewujudan Laman Web HTAJ ini. Dengan terhasilnya Laman web ini adalah amat diharapkan agar ia dapat memberi maklumat bermanfaat kepada semua.

Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam, Selangor merupakan sebuah hospital daerah tanpa pakar berkonsepkan hospital nukleus. Ia telah mula beroperasi sejak tahun 1994 dengan kapasiti 93 buah katil. Pada usianya kini yang telah menjangkau 25 thn, pelbagai sumbangan dan peningkatan perkhidmatan telah dilaksanakan demi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan penduduk setempat.

Walaupun hospital ini merupakan hospital kategori kecil, pelbagai pengiktirafan tinggi perkhidmatan kesihatan telah diperolehi oleh organisasi ini contohnya persijilan Akreditasi MSQH edisi ke 5, Hospital Rakan bayi, HACCP dan GMP serta lain-lain. Kejayaan ini adalah hasil komitmen padu dan kerja berpasukan yang telah diterapkan dalam nilai serta etika pada setiap warga kerja HTAJ Sabak Bernam. Saya percaya dan yakin organisasi ini akan sentiasa berusaha berkembang baik menjadi satu organisasi yang berjaya pada masa hadapan. Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi melayari laman web kami dan berharap segala maklumat yang dipaparkan mampu memberi inspirasi kepada semua.

Sekian Terima Kasih.

MUHAMMAD ASLAHUDDIN BIN SAMSUDIN

 

Cetak