• Utama
  • Perkhidmatan
  • Klinikal
  • Kawalan Infeksi

Unit Kawalan Infeksi

Pengenalan unit
Bagi memantapkan kualiti pesakit di Hospiatal Tengku Ampuan Jemaah,Sabak Bernam kawalan infeksi adalah salah satu program yang amat penting dan perlu diamalkan oleh setiap anggota kesihatan bagi memastikan tahap penjagaan maksima dapat dipenuhi.Unit ini berfungsi untuk memantau aktiviti klinikal yang dijalankan bagi mengurangkan Healthcare Associated Infection (HCAI) ke tahap yang minima dengan meningkatkan pengetahuan kawalan infeksi kepada semua anggota yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung semasa mamberi perawatan kepada pesakit.Unit ini dikendalikan oleh seorang Pegawai Perubatan dan Jururawat Link Nurse/Infection Control Link Nurse dengan norm 1 ICN:110 pesakit.

Visi
Memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan mewujudkan persekitaran hospital yang selamat dan bebas dari jangkitan nosocomial.

Misi
Memastikan individu sentiasa mengamalkan amalan kawalan jangkitan supaya kakitangan dan pesakit berada dalam persekitaran sihat dan selamat.

Objektif

  1. Memberi perkhidmatan kawalan infeksi yang efektif di dalam mencegah dan mengawal infeksi di hospital.

  2. Memastikan setiap anggota hospital mengikut garis panduan kawalan jangkitan hospital (KKM)

  3. Memastikan setiap anggota hospital menjalankan tugas dengan mematuhi garis panduan ‘Standard Precaution’ untuk mencegah infeksi dan keselamatan diri.

  4. Meningkatkan mutu perkhidmatan kawalan infeksi dengan memberi kesedaran,pengetahuan dan latihan yang berterusan berkaitan kawalan infeksi kepada anggota hospital dan perkhidmatan sokongan.

Piagam Pelanggan

  1. Memastikan anggota diberi kesedaran dan kefahaman tentang standard precaution dan mengelakkan jangkitan nosocomial.

  2. Memastikan semua anggota mengamalkan hand hygiene semasa menjalankan tugas melalui pemantauan yang dilakukan secara berkala.

  3. Setiap kes ‘Alert Organism’ akan dilaporkan ke Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

  4. Setiap anggota yang tertusuk jarum (Sharp Injury) semasa menjalankan tugas akan dinotifikasikan ke Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan dirujuk mengikut garis panduan kecederaan tertusuk jarum KKM.

Fungsi Unit

  1. Mengendalikan data-data dan maklumat berkenaan surveillance jangkitan nosocomial

  2. Melaksanakan ‘Standard Precaution’ mengikut Polisi dan Prosedur Kawalan Jangkitan KKM dikalangan anggota hospital.

  3. Menyediakan polisi dan prosedur keselamatan kakitangan dihospital secara bersam dengan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

  4. Mengenalpasti,menyiasat serta mengawal merebaknya penyakit-penyakit berjangkit.

  5. Memberi latihan dan pendidikan kepada petugas kesihatan.

Nama Ketua Unit
Azura binti Arshad
Ketua Jururawat U32

Cetak Emel