• Utama
  • Perkhidmatan
  • Klinikal
  • Unit Forensik

Unit Forensik

Pengenalan
Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Jemaah merupakan unit kecil di bawah pengurusan unit kecemasan dan trauma yang mana diletakkan dibawah seliaan penyelia hospital.
Ia merupakan satu unit yang mana menguruska hal – hal berkaitan pengurusan jenazah / mayat baik dari unit kecemasan dan trauma, wad – wad pesakit dalam mahupun jenazah / mayat yang dibawa oleh pihak polis.
Selain itu juga unit forensik HTAJ terlibat sama dalam program pendermaan organ dan tisu pada peringkat hospital.

Visi
Menberikan perkhidmatan forensik dan pengurusan jenazah yang tepat , cekap dan beretika berlandaskan sistem pengurusan yang berkualiti dan memenuhi kepuasan pelanggan

Misi
Unit forensik menyediakan perkhidmatan forensik yang cemerlang dengan menggunakan kemahiran dan kemudahan yang sedia ada degan bantuan kepakaran dari doktor pakar luar demi menjamin perkhidmatan yang berkualiti , tepat, cekap, dan profesional serta anggota yang berilmu , berjiwa murni dan peka terhadap keperluan pelanggan dan berteraskan budaya kualiti kerja berpasukan dan profesonalisma.

Objektif
Meningkatkan taraf perkhidmatan forensik secara menyeluruh , berkesan , tepat , bebas dan berkecuali dengan cara meningkatkan kemahiran serta kecekapan , mewujudkan kerjasama erat antara jabatan / agensi dan menegakkan keadilan serta menyokong sistem perundangan negara.

Piagam Pelanggan
1. Non medico legal
- memberi perkhidmatan 24 jam menerima dan menguruskan jenazah / mayat kepada waris dalam masa 24 jam

2. Medico Legal
- memberi perkhidmaatan dan melakukan bedah siasat setelah menerima borang permintaan bedah siasat dari
dari pihak polis ( pol 61 ) dan melakukan penyerahan jenazah / mayat kepada waris setelah bedah siasat selesai
dijalankan.

Fungsi Unit
Menyediakan perkhidmatan forensik seperti pengurusan jenazah / mayat seperti perkhidamatan bedah siasat dan dalam program pendermaan organ dan tisu.

Pegawai Y/M
Mohd Sharil bin Baharom Shah
Jawatan
Penolong Pegawai Perubatan U29

Cetak Emel