• Utama
  • Perkhidmatan
  • Klinikal
  • Unit Hemodialisis

Unit Hemodialisis

Misi

Memberi rawatan hemodialisis yang berkualiti, cekap dan berkesan.

Visi

Mewujudkan sistem rawatan hemodialisis yang lebih berkualiti, cekap dan berkesan dan sejajar dengan perkembangan teknologi rawatan hemodialisis yang terkini.

Objektif kualiti

Setiap pesakit hemodialisis perlu menjalani rawatan dialysis selama 4 jam setiap sessi tiga kali seminggu.

Piagam Pelanggan

Rawatan hemodialisis akan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu:
Syif 1,3,5 hari isnin, rabu dan jumaat
Syif 2,4,6 hari selasa, khamis dan sabtu

Fungsi Unit Hemodialisis

Menjalankan rawatan hemodialisis untuk pesakit kegagalan buah pinggang mengikut shift yang ditetapkan. Unit Hemodialisis juga melakukan rawatan kecemasan hemodialisis jika diperlukan atas arahan doktor. Jadual 'oncall' anggota paramedik dan PPK ada disediakan.

Mengatur temujanji pesakit untuk sessi Klinik Pakar Nefrologi (jadual ditentukan oleh Pakar Nefrologi). Pesakit akan diperiksa oleh Doktor Pakar dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang setiap tiga bulan sekali semasa sessi klinik nefrologi. Ujian darah dan keberkesanan rawatan dialysis terhadap pesakit (KT/V) juga akan diperiksa. Pendidikan kesihatan, pemakanan dan ubatan juga diberi bagi membantu pesakit mengawal kesihatan mereka secara optima. Sampel darah diambil mengikut sessi klinik atau mengikut keperluan atas arahan doctor bagi memantau kesihatan dan keadaan pesakit.

Terdapat bilik dan mesin khas untuk pesakit yang menghidapi jangkitan Hepatitis B . Anggota seramai 6 orang paramedic dan 3 orang PPK bertugas shift dan juga waktu pejabat. Setiap hari terdapat 3 shif rawatan.

Rawatan hemodialisis sementara juga dilakukan kepada pesakit-pesakit berikut atas arahan Pakar Nefrologi :

1. Pesakit dari lain-lain unit hemodialisis hospital kerajaan atas sesuatu sebab.
2. Pesakit CAPD yang memerlukan rawatan hemodialisis sementara.
3. Pesakit dari pusat rawatan NGO/swasta yang bermasalah dan dimasukkan ke wad atau
rujukan dari unit kecemasan dan unit pesakit luar.
4. Pesakit-pesakit baru yang sedang distabilkan sementara menunggu opsyen rawatan.

 

Ketua Unit
Nama : Norita binti Laisi
Jawatan : Jururawat U32KUP

Cetak Emel