• Utama
  • Perkhidmatan
  • Separa Klinikal
  • Unit Farmasi Dan Bekalan

Unit Farmasi Dan Bekalan

Unit Farmasi adalah sebagai “integral part” sesebuah hospital untuk berfungsi dengan sempurna. Unit mula beroperasi serentak dengan penubuhan hospital dan berkembang bersama mengikut peredaran masa dan sama-sama mengembeling tenaga dalam memberikan perkhidmatan berteraskan kualiti.

Unit Farmasi HTAJ, mengamalkan konsep “Optimal Pharmaceutical Care”. Sistem ini memberi ruang kepada pesakit untuk mendapatkan penerangan sejelasnya dan bertanya mengenai ubat-ubat yang dipreksipsi.

Di samping itu perolehan dan pembekalan ubat-ubatan dan alat perubatan diteruskan. Pengawasan dan penggunaan ubat-ubatan yang cekap dan kukuh perlu untuk memastikan penggunaan yang arsional dan berkesan di samping memastikan bekalan yang mencukupi.

Visi

Mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan tentang penggunaan ubat-ubatan yang rasional.

Misi

Memastikan semua pesakit menerima produk yang berkualiti, selamat dan efektif serta memperolehi maklumat menggunakan ubat-ubatan secara rasional.

Objektif

  1. Memberi perkhidmatan Farmasi yang cekap, tepat dan berkesan kepada pesakit dan pelanggan hospital.
  2. Mengukuhkan sistem perolehan dan bekalan supaya memenuhi keperluan ubat-ubatan dan alatan perubatan di peringkat hospital.

 

Piagam pelanggan

A.Farmasi Pesakit Dalam

  1. Memastikan pembekalan ubat ke wad/ unit bagi preskripsi/ pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 3 jam dalam waktu pejabat.

B.Farmasi Pesakit Luar

  1. Setiap preskripsi yang diterima akan dibekalkan ubat-ubatan dalam tempoh 30 minit.
  2. Memastikan pelanggan yang berdaftar dengan Sistem Temujanji Farmasi mendapat bekalan ubat susulan pada tarikh yang dijanjikan.

C.Farmasi Logistik

  1. Pembekalan item standard kepada unit pemesan tidak melebihi 14 hari bekerja selepas pesanan lengkap diterima.
  2. Pembekalan item bukan standard kepada unit pemesan selepas pesanan yang lengkap diterima, tidak melebihi 3 hari bekerja selepas bekalan diterima di Farmasi Logistik.

 

Aktiviti-Aktiviti

A.Farmasi Pesakit Dalam

Farmasi pesakit dalam merupakan unit induk yang memberikan perkhidmatan pembekalan kepada pesakit-pesakit di wad secara “Unit of Dose” dan “Unit of Use” dan pembekalan ubat secara tradisional ke unit-unit lain di hospital.

B.Farmasi Pesakit Luar

Farmasi pesakit luar merupakan unit yang memberikan khidmat bekalan ubat kepada pesakit luar iaitu klinik pesakit luar, klinik pakar dan unit kecemasan. Perkhidmatan kaunseling diberikan kepada pesakit-pesakit yang pada kali pertama diperkenalkan kepada sesuatu penggunaan ubat seperti inhaler dan insulin. Kaunseling juga dibuat kepada pesakit yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan.

C.Methadone

Unit ini mula beroperasi pada Januari 2007. Pegawai Farmasi mendispens ubat kepada pesakit yang telah berdaftar dengan Unit Pesakit Luar. Kerjasama yang erat antara Pegawai Perubatan dan Pegawai Farmasi ditekankan bagi memastikan pesakit mendapat rawatan yang sewajarnya dan visi KKM tercapai.

D.Farmasi Logistik

Unit ini memberikan khidmat perolehan dan pembekalan ubat-ubatan dan bukan ubat (peralatan perubatan). Pendekatan yang professional dalam urusan perolehan untuk memastikan keseimbangan dari segi peruntukan dan keperluan pengguna adalah dititikberatkan.

E.Perkhidmatan-perkhidmatan Lain Yang Ditawarkan

  • SPUB (Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu). Pesakit boleh memohon untuk mendapatkan bekalan ubat di hospital / klinik kesihatan yang berhampiran.
  • MTAC (Medication Therapy Adherence Clinic). Pemantauan penggunaan ubat-ubatan serta pendidikan dan kaunseling kepada pesakit diberikan oleh Pegawai Farmasi bagi meningkatkan lagi mutu rawatan, keselamatan serta keberkesanan rawatan yang diberikan.
  • CG (Collect ‘n’ Go). Perkhidmatan tambahnilai – sistem temujanji.
    Ditawarkan kepada pesakit yang memerlukan bekalan ubat-ubatan lebih daripada satu bulan. Pesakit akan diberikan kad dan perlu hadir pada tarikh yang telah ditetapkan bagi mengambil bekalan ubat yang seterusnya tanpa beratur panjang.

 

 WAKTU OPERASI HARI BEKERJA HARI SABTU/ AHAD/ CUTI AM

FARMASI PESAKIT LUAR

FARMASI PESAKIT DALAM

FARMASI BEKALAN WAD

     8:00 am – 5:00 pm Tutup

FARMASI LOGISTIK

(JUMAAT)

8:00 am – 1:00 pm

2:00 pm – 5:00pm

8:00 am – 12.15pm

2:45pm – 5:00 pm

Tutup
FARMASI KECEMASAN      5:00 pm – 8:00 am 24 jam
RTG METHADONE     8:00 am – 11:00 am 9:00 am – 11:00 am

 

Ketua Unit

Nama : Syamsiah binti Mohamad

Jawatan : Pegawai Farmasi

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

No. tel : 03-3216 3333 samb. 280

Cetak Emel