• Utama
  • Perkhidmatan
  • Separa Klinikal
  • Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Hospital

Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini digunapakai oleh seluruh HTAJ Sabak Bernam. Ia merangkumi aspek keselamatan untuk setiap pekerja tanpa kecuali sesuai dengan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja.

Pada dasarnya pihak pengurusan HTAJ Sabak Bernam sendiri memastikan tempat kerja adalah selamat dan tidak berisiko, melalui proses pemantauan yang dilakukan dari masa ke semasa.

Objektif polisi ini merangkumi semua pekerja tanpa kecuali. Memastikan persekitaran kerja, sistem kerja dan pekerja adalah selamat tanpa risiko.

 

POLISI KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN

1. Membentuk sistem kerja dan persekitaran kerja yang selamat dan tidak berisiko kepada kesihatan pekerja dan orang-orang lain yang berada di premis.

2. Menyimpan, mengguna dan mengendalikan bahan-bahan dan peralatan dengan selamat dan tidak berisiko kepada kesihatan.

3. Menyediakan peralatan PPE untuk digunakan bagi kerja-kerja yang berisiko.

4. Memastikan orang lain selamat dan tiada risiko kepada kesihatan disebabkan oleh aktiviti pekerjaan melalui maklumat orang lain tentang aktiviti pekerjaan yang dijalankan.

5. Memberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan kepada pekerja.

6. Menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

7. Menjalankan audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

8. Setiap anggota boleh melaporkan keadaan dan tempat yang berisiko untuk berlaku kemalangan.

Pengarah Hospital,

HTAJ Sabak Bernam.

Cetak Emel