• Utama
  • Perkhidmatan
  • Separa Klinikal
  • Unit Patologi & Tranfusi Darah

Unit Patologi & Tranfusi Darah

Pengenalan

Unit Patologi HTAJ Sabak Bernam terbahagi kepada 2 iaitu Perkhidmatan Patologi & Perkhidmatan Transfusi Darah.

Unit Patologi merupakan sebuah unit yang berfungsi memberi perkhidmatan menjalankan ujian-ujian diagnostik makmal yang memberi sokongan kepada diagnosa klinikal dan perawatan pesakit.

Ia juga berperanan dalam menyediakan bekalan darah yang mencukupi dan selamat kepada jabatan-jabatan klinikal bagi keperluan para pesakit.

Perkhidmatan Patologi HTAJ Sabak Bernam diwujudkan bertujuan untuk memberikan perkhidmatan diagnostik dan saringan ke atas darah, cecair badan, tisu dan lain-lain untuk membantu para doktor mengenal pasti penyakit, merawat dan memantau pesakit.

Unit Patologi memberi perkhidmatan selama 24 jam sehari meliputi pesakit dalam wad, kecemasan, klinik pakar dan pesakit luar.

Visi

Menyediakan perkhidmatan Patologi yang cepat,tepat,cekap dan berkualiti serta memenuhi kepuasan pelanggan

Misi

Perkhidmatan Patologi merupakan satu perkhidmatan yang berkualiti dan berteknologi moden dengan anggota yang terlatih, peka terhadap keperluan dan kepuasan pelanggan bersesuaian dengan budaya kerja berkualiti,kerja berpasukan serta profesionalisme.

Objektif

Memberi perkhidmatan yang cepat, tepat dan berkualiti. Perkhidmatan 24 jam sehari dapat memberi kepuasan kepada pelanggan dengan menawarkan tempoh masa menunggu yang singkat.

Objektif Kualiti Unit Patologi adalah TAT ujian ‘URGENT’akan di siapkan dalam masa 60 minit dari masa spesimen diterima di kaunter makmal.

Piagam Pelanggan

Semua pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa dan bersopan santun serta proffesionalisma.
1.  Semua permintaan ujian stat/segera akan disiapkan dalam masa 1 jam.
2.  Semua keputusan ujian yang dirujuk ke makmal rujukan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang akan diperolehi dalam masa 3hari ke 2 minggu, manakala ujian-ujian khas lain tempoh penerimaan keputusan adalah dalam 3 bulan.
3.  Semua ujian yang dirujuk ke Institut Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur, Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sg Buloh dan lain-lain akan memperolehi keputusan dalam masa 2-6minggu.

Transfusi Darah

Semua pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa dan bersopan santun serta proffesionalisma.
1. Semua penderma darah akan menjalani pemeriksaan perubatan sebelum proses perdermaan dimulakan.
2. Proses pendermaan darah akan mengambil 30-45minit.
3. Penderma akan diberi kupon makanan RM5.00 selepas proses pendermaan.

Fungsi Unit

1.Unit Patologi menerima, mengumpul dan menganalisa spesimen yang dihantar ke makmal yang meliputi bidang yang meliputi seksyen-seksyen iaitu:

a) Seksyen Klinikal (Hematologi & Patologi kimia)
b) Seksyen Patologi Kimia
c) Seksyen Mikrobiologi
d) Seksyen Transfusi Darah
e) Seksyen Send Away Specimen

2.Unit Transfusi Darah pula memastikan stok bekalan darah yang diperolehi dari Hospital Klang mencukupi bagi pesakit yang memerlukan disamping turut menjalankan ujian keserasian untuk tujuan pemindahan darah.

3.Beroperasi 24 jam dengan menjalankan ujian-ujian rutin dan ujian-ujian STAT/ segera dalam tempoh 1 jam dari masa makmal menerima sampel sehingga keputusan di despatch melalui pneumatic tube.

4.Berikut adalah senarai ujian rutin dan ujian STAT:

BIL

SEKSYEN

UJIAN RUTIN

UJIAN STAT

1.

HEMATOLOGI

 

  • FULL BLOOD COUNT

  • ESR

  • PT / INR / APTT

  • G6PD

  • FULL BLOOD COUNT

  • PT/INR/APTT

KLINIKAL

  • URINE FEME

  • URINE PARAQUAT

  • URINE PREGNANCY TEST

  • URINE DRUG SCREENING (morphine and cannabis)

 

  • URINE FEME

  • URINE PARAQUAT

  • URINE PREGNANCY TEST

 

2.

PATOLOGI KIMIA

  • ABG/VBG

  • BUSE

  • RENAL PROFILE

  • CARDIAC ENZYME

  • AMYLASE

  • GLUCOSE/MGTT

  • LIVER FUNCTION TEST

  • FASTING SERUM LIPID

  • CA/MG/PHOS(INORG)

  • HBA1C

 

  • ABG

  • BUSE

  • RENAL PROFILE

  • CARDIAC ENZYME

  • AMYLASE

  • TOTAL BILIRUBIN

  • FASTING BLOOD SUGAR

 

3.

MIKROBIOLOGI

  • SPUTUM AFB

  • BFMP (BLOOD FILM FOR MALARIA PARASITE)

  • FILARIA

  • STOOL OCCULT BLOOD

  • STOOL OVA & CYST

 

NONE

4.

TRANSFUSI DARAH

  • ABO GROUPING

  • GROUP, SCREEN & HOLD(GSH)

  • GROUPING & CROSSMATCHING (GXM)

  • COOMB’S TEST

 

  • ABO GROUPING

  • GROUP, SCREEN & HOLD(GSH)

  • GROUPING & CROSSMATCHING (GXM)

 

5.

SEND AWAY SPECIMEN

  • UJIAN-UJIAN KE HOSPITAL RUJUKAN:

    • HTAR, KLANG

    • HOSPITAL SG BULOH

    • HOSPITAL KUALA LUMPUR

    • HOSPITAL PUTRAJAYA

    • INTITUT PENYELIDIKAN PERUBATAN(IMR)

    • MKAK

 

STAT bagi yang memerlukan FRESH sampel sahaja.

 

 

5.Unit ini memberikan khidmat penghantaran spesimen bagi ujian-ujian khas ke hospital atau makmal rujukan. Penghantaran spesimen secara harian bagi ujian rutin / asas dan spesimen lain.

6.Manakala pada hari Sabtu,Ahad atau cuti umum, unit patologi hanya menguruskan penghantaran ke spesimen urgent atau fresh sahaja ke hospital yang beroperasi 24jam.

KETUA UNIT
NAMA: SITI SHAZWA NUR BT ROSNAN
JAWATAN: PEGAWAI SAINS KIMIAHAYAT C41

Cetak Emel