• Utama
  • Perkhidmatan
  • Separa Klinikal
  • Unit Pengimejan Diagnostik

Unit Pengimejan Diagnostik

 2     1

Nama Ketua Unit

Suhaimi Bin Saleh
Juru X-Ray U32

Pengenalan

Unit Pengimejan Diagnostik merupakan sebuah unit sokongan yang telah memulakan operasinya sejak bermulanya operasi Hospital Tengku Ampuan Jemaah. Struktur unit ini terdiri dari sebuah bilik pemeriksaaan, sebuah bilik gelap dan sebuah kaunter penerimaan. Peralatan yang terdapat di unit ini adalah sebuah mesin x-ray statik, sebuah mesin x-ray mudahgerak dan dua buah mesin pemproses filem x-ray.Satu unit mesin ultrasound Doppler baru diperolehi pada bulan Disember 2016.

Misi

Memberi perkhidmatan pengimejan yang berkualiti berdasarkan keupayaan yang dimiliki bagi memberi kepuasan kepada pelanggan dengan menghasilkan radiograf yang terbaik bagi memastikan proses diagnosis yang tepat dan berkesan dapat direalisasikan.

Visi

Menjadi sebuah unit yang sentiasa peka kepada kehendak pelanggan dan teknologi terkini dalam memberikan perkhidmatan pengimejan yang cekap, berkualiti dan terkini.

Objektif

Menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik yang cekap, berkesan dan berkualiti sejajar dengan keperluan diagnosis dan menjurus kepada kepuasan pelanggan.

 

Skop Perkhidmatan Dan Fungsi

Fungsi utama Unit Pengimejan Diagnostik adalah untuk menyediakan kemudahan pengimejan untuk penilaian, diagnosis dan pengesanan awal penyakit.

Perkhidmatan Radiologi disediakan untuk pesakit dalam wad, Unit Kecemasan dan Trauma, Unit Pesakit Luar dan Bilik Mayat.

Perkhidmatan Ultrasound disediakan untuk pesakit dari Jabatan Pesakit Luar, Klinik Pakar, Kecemasan dan Wad-wad. Perkhidmatan ini dijalankan pada Rabu Minggu Kedua dan Keempat setiap bulan.

Radiograf yang memerlukan laporan dihantar kepada pakar radiologi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.Laporan bagi pemeriksaan Khas boleh diperolehi dalam tempoh 1 bulan.

Temu janji untuk pemeriksaan khas(CT Scan,MRI,Fluoroskopi dan Mammografi) hendaklah dibuat melalui unit dan unit akan menghantar dokumen berkaitan kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk mendapatkan tarikh temujanji.

Unit Pengimejan Diagnostik akan beroperasi pada waktu pejabat dengan on call selepas waktu pejabat, hujung minggu dan cuti umum. Unit-unit yang memerlukan permohonan pemeriksaan radiologi selepas waktu pejabat perlu menghubungi Juru X Ray yang bertugas atas panggilan.

 

Piagam Pelanggan

1.Setiap pelanggan akan menerima layanan yang baik, mesra bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.

2.Setiap pelanggan akan diberikan perkhidmatan yang terbaik, mematuhi piawaan dan peraturan yang telah ditetapkan

3.Perkhidmatan x-ray yang diberikan akan diselesaikan dalam tempoh 45 minit sekiranya tiada masalah yang berbangkit.

4.Setiap kes yang ditakrifkan sebagai kecemasan, kritikal dan warga emas akan diutamakan.

5.Segala butir-butir peribadi dan perubatan pelanggan akan dirahsiakan dari pengetahuan umum.

 

Tanggungjawab Pelanggan

Bagi membolehkan perlaksanaan piagam pelanggan kami secara berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk :

1.Memahami segala arahan yang diberikan dengan jelas.

2.Menuruti segala arahan yang diberikan dengan betul.

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Juru X-ray y/m
Tel : 03-3216 3333 samb. 240

Cetak Emel