Kawalan Infeksi

UNIT KAWALAN INFEKSI

PENGENALAN

Mula ditubuhkan pada tahun 2000. Ia bertujuan untuk memantau dan mencegah jangkitan nosokomial dikalangan pesakit, anggota hospital, pelawat dan individu yang berada di persekitaran hospital.

 

LOKASI

Lokasi unit ini terletak di antara Wad 1 dan Wad 2.

 

VISI

Memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan mewujudkan persekitaran hospital yang selamat dan bebas dari jangkitan nosokomial.

 

MISI

Memastikan individu sentiasa mengamalkan amalan kawalan jangkitan supaya kakitangan dan pesakit berada dalam persekitaran sihat dan selamat.

 

OBJEKTIF

1. Memberi perkhidmatan kawalan infeksi yang efektif di dalam mencegah dan mengawal infeksi di hospital.

2. Mempasti setiap anggota hospital mengikut garis panduan kawalan jangkitan hospital (KKM).

3. Mempastikan setiap anggota hospital menjalankan tugas dengan mematuhi garis panduan 'Standard Precaution' untuk mencegah infeksi dan keselamatan diri.

4. Meningkatkan mutu perkhidmatan kawalan infeksi dengan memberi kesedaran, pengetahuan dan latihan yang berterusan berkaitan kawalan infeksi kepada anggota hospital dan perkhidmatan sokongan.

 

Organisasi : Diketuai oleh Pegawai Perubatan U41, dibantu oleh

  • Penyelia Jururawat U36
  • Ketua Jururawat U32 dan
  • 2 orang Jururawat Terlatih U29

 

Aktiviti Unit :

-         Mengendalikan data-data dan maklumat berkenaan surveillance jangkitan nosocomia

                                         

        . Pengumpulan dan analisa data surveillance adalah cara yang berkesan untuk mencegah jangkitan nosocomial.

        . Membuat laporan luaran mengenai kadar jangkitan di hospital kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

         Laporan ini perlu untuk pelaksanaan aktiviti kualiti dan sebagai keperluan di bawah proses akreditasi.

-         Melaksanakan ’Standard Precaution’ mengikut Polisi dan Prosedur Kawalan Jangkitan KKM dikalangan anggota hospital.

. Untuk mengelakkan trasmisi infeksi demi penjagaan pesakit yang selamat dan bebas dari jangkitan nosokomial.

. Polisi dan prosedur kerja ini adalah langkah-langkah supaya pesakit dan kakitangan berada dalam suasana sihat dan selamat. 

-         Kesihatan petugas hospital

Polisi dan prosedur keselamatan kakitangan di hospital ini disediakan secara bersama dengan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Polisi dan prosedur yang disediakan adalah :

. Insiden tercucuk jarum

. Post-exposure prophylaxis

. Pemeriksaan Kesihatan anggota yang berumur 40 tahun ke atas

. Imunisasi untuk penyakit hepatitis B dan influenza

-         Langkah-langkah untuk mencegah jangkitan penyakit berjangkit.

. Mengenalpasti, menyiasat serta mengawal merebaknya penyakit-penyakit berjangkit.

-         Memberi latihan dan pendidikan kepada petugas kesihatan.

. Untuk mencapai falsafah kawalan jangkitan/infeksi iaitu  mencegah infeksi di hospital, ia memerlukan program latihan 

  dan pendidikan yang teratur. Pendidikan yang berterusan di bidang kawalan infeksi adalah amat perlu untuk memberi

  kesedaran berkenaan pembaharuan sains di bidang kawalan infeksi.

. Memberi pengetahuan tentang alat-alat keselamatan baru yang perlu digunakan semasa bertugas.

. Untuk mempertingkatkan teknik isolasi, amalan tatakerja ”aseptic” dan pencegahan pendedahan kepada darah dan

  cecair badan.

. Memberi kesedaran tentang pentingnya untuk mematuhi ”Standard Precautions” dalam pencegahan infeksi.

. memantau dan menyiasat tentang kecederaan tercucuk jarum dan benda-benda tajam serta terkena percikan darah dan

  cecair badan.