PROGRAM MS ISO

 

PROGRAM MS ISO HOSPITAL KAJANG.

Hospital Kajang telah memulakan program MS ISO 9001:1994 pada tahun 2003.  Bagi mematuhi syarat yang ditetapkan, Hospital Kajang telah berjaya mengujudkan Dokumen MS ISO dan Manual Kualiti. Sessi ‘awareness’ telah dimulakan dikalangan

AJK Pengurusan MS ISO dan seluruh wargakerja hospital.

 

Dokumentasi Audit telah dijalankan oleh pihak SIRIM diikuti dengan Audit Kepatuhan. Hasilnya, Hospital Kajang telah berjaya dianugerahkan Pensijilan MS ISO 9001:1994 pada 31/12/2004 hingga 31/12/2005.

 

Pihak Hospital Kajang telah maju setapak lagi dengan pertukaran versi MS ISO 9001: 1994 kepada versi MS ISO 9001:2000 . Semua dokumen MS ISO dan Manual Kualiti telah dipindah keversi baru yang lebih fokus kepada kepuasan pelanggan, tindakan pencegahan dan pembetulan. Prosedur kerja yang berkaitan dan Objektif Kualiti setiap jabatan telah diujudkan.

 

Sekali lagi Hospital Kajang telah membuktikan dan berjaya memperolehi pensijilan MS ISO 9000:2001 dari pihak SIRIM pada 11/11/05 hingga 10/11/08. Audit ‘Survelaince’ telah dijalankan pada 19/12/06 - 20/12/06, pensijilan telah dikekalkan sehingga 31/12/2008. Audit Pensijilan semula telah dibuat pada 3/9/08 - 5/9/08 dimana  Sijil MS ISO 9001:2000 telah berjaya dikekalkan sehingga 10/11/2010.

 

Audit Dalaman telah diadakan pada 8/9/09 - 9/9/09 diikuti dengan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) pada 9/10/09. Audit Dalaman kedua telah dilaksanakan pada 19/11/09 -20/11/09 bagi memastikan keberkesanan Pengurusan Sistem Kualiti dapat dikekalkan.

 

Pada awal tahun 2010 sebelum Sijil MS ISO 9001:2000 tamat pada 10/11/10, pengurusan MS ISO Hospital Kajang telah mengorak langkah pro aktif kearah pertukaran versi MS ISO 9001:2008. AJK MS ISO dan Auditor Dalaman telah diberikan pendedahan dan taklimat versi MS ISO 9001:2008. Pihak SIRIM telah dijemput untuk Audit ‘Survelaince’ pada 10/2/10 - 11/2/10 dimana Hospital Kajang telah berjaya mengekalkan sijil hasil dari kerja berpasukan wargakerja. Pihak Sirim tealah menganugerahkan Sijil MS ISO 9001:2008 sehingga 10/11/11

 

Bagi memastikan Sistem Pengurusan Kualiti Hospital Kajang dikekalkan demi mempertingkatkan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan, pasukan Audiit Dalam tealah menjalankan Audit Dalaman pertama pada 11/5/10 - 12/5/10 diikuti dengan Audit Susulan pada 22/6/10. Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) akan diadakan pada bulan Julai 2010. Pensijilan semula  MS ISO 9001:2008 akan dilaksanakan pada bulan Oktober 2010 seperti yang telah dirancang.

Print