Pengenalan
Jabatan Perubatan Hospital Kajang telah bermula sejak 1980-an. Walau bagaimanapun, perkhidmatan pakar perubatan hanya boleh didapati pada 1990-an.
Pada waktu ini, Jabatan Perubatan mempunyai 5 orang pakar perubatan dalaman dengan seorang konsultan yang akan datang pada setiap minggu iaitu Dr. Muhaini Othman, dari Hospital Serdang.
Terdapat tujuh orang pegawai perubatan berpengalaman dengan 10 orang pegawai perubatan praktikal.
Jabatan Perubatan mempunyai dua Wad Perubatan (setiap satu dengan 42 katil) termasuk CCU dengan 4 katil.