Lokasi

 

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Kajang (HKj) terletak di lokasi yang sangat strategik di tengah
kawasan hospital. Melalui Projek Naik Taraf Jabatan Psikiatri dalam Rancangan Malaysia kesembilan, jabatan ini
akan beroperasi melalui dua bangunan baru iaitu iaitu bangunan klinik dan wad yang dijangka berfungsi pada awal
tahun 2010.

 

 

Bangunan klinik terletak bersebelahan dengan Jabatan Kecemasan, Jabatan Farmasi, Dewan Bistari, Unit Angkut
dan juga kantin. Bangunan ini juga merupakan pejabat pentadbiran jabatan. Ia menempatkan bilik konsultasi, bilik
rawatan, bilik kaunseling, bilik aktiviti pemulihan carakerja dan bilik mesyuarat. Bilik-bilik bagi Ketua Jabatan,
pakar, pegawai perubatan dan anggota jabatan lain digunakan untuk tugasan klinikal dan pentadbiran. Bagi
kaunselor dan pakar psikologi, bilik pejabat mereka terletak di bangunan berasingan yang berhampiran dengan
Jabatan Pemulihan Carakerja.

 

 

Bangunan wad terletak tidak jauh dari bangunan klinik iaitu di antara Unit Angkut dan Klinik Pakar 1. Bangunan ini
mempunyai kapasiti 20 buah katil; 12 untuk pesakit lelaki dan 8 untuk pesakit wanita. Bangunan ini turut
dilengkapkan dengan Bilik Terapi Elektrokonvulsif, Bilik Aktiviti dan Taman.

 

 

Universiti Putra Malaysia (UPM) turut menggunakan jabatan ini bagi tujuan pengajaran pelajar-pelajar perubatan.
Perkhidmatan klinikal dan pentadbiran dijalankan di klinik/pejabat mereka yang beroperasi melalui Porta Kabin.
Farmasi pesakit luar yang digunakan oleh para pesakit psikiatri terletak bersebelahan dengan bangunan klinik dan
digunasama oleh semua pesakit. Dewan Bistari yang juga bersebelahan dengan bangunan klinik adalah dewan
terbesar hospital yang menjadi tempat penting bagi perhimpunan, kursus dan latihan.

 

Cetak