Perkhidmatan
Perkhidmatan Pesakit Luar dibahagikan kepada Klinik dan Pusat Rawatan Harian.
KLINIK
- Klinik Ulangan
- Klinik Kes Baru
- Klinik Kecemasan
- Klinik Liaison
- Klinik Psikogeriatrik
- Kaunseling
PUSAT RAWATAN HARIAN
- Pesakit yang telah stabil akan dirujuk ke Pusat Rawatan Harian untuk proses rehabilitasi dan latihan agar mereka boleh kembali semula dan berfungsi seoptimum mungkin dalam masyarakat.
- Pesakit dirujuk oleh pakar dan pegawai perubatan yang bertugas di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, HKj.
- Pesakit hendaklah berumur antara 16-60 tahun.
- Pesakit mesti boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dan hendaklah mempunyai sedikit kemahiran.
- Hanya pesakit yang stabil sahaja yang boleh dirujuk ke Pusat Rawatan Harian.
- Pesakit-pesakit dan keluarga mereka perlulah menguruskan sendiri perihal pengangkutan mereka untuk pergi dan balik.
- Pesakit-pesakit mestilah berupaya untuk mengikut arahan.
- Pesakit hanya memerlukan seliaan yang minima di pusat tersebut dan hendaklah patuh kepada pemakanan ubat seperti yang diberitahu oleh doktor.
PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM
- Kemasukan pesakit adalah dari Klinik Pesakit Luar, Klinik Kecemasan Psikiatri, Jabatan Kecemasan dan Klinik Pakar Perubatan.
- Kemasukan pesakit juga adalah dari hospital-hospital berdekatan yang tidak diwartakan dan universiti.
- Sickbay (2 katil di wad) adalah untuk pesakit akut.
- Pesakit dalam adalah bawah rawatan pakar perunding, pakar dan pegawai perubatan yang menjaga.
- Rondaan klinikal di wad akan dilakukan setiap hari oleh pegawai perubatan dan pakar. Grand ward round akan dilakukan sekali setiap minggu.
- Penjagaan kejururawatan yang khusus diberikan kepada pesakit pesakit yang mempunyai risiko tinggi untuk membunuh diri dan agresif.
- Pengetahuan mengenai penyakit dan perawatan serta sesi kaunseling diberikan kepada para pesakit dan keluarga secara berterusan. Pesakit dan keluarga diberi persediaan sebelum pesakit discaj dari wad.
- Pelan perawatan jangka panjang selepas discaj dari wad dibincangkan bersama; antara lain melibatkan pemantauan sebagai pesakit luar atau melalui perkhidmatan komuniti psikiatri.
- Perkhidmatan pesakit dalam memastikan adanya latihan berterusan dan pemberian pengetahuan dan kemahiran kepada para pegawai, anggota sokongan, pelajar perubatan dan pegawai perubatan yang menjalani program sarjana di sini.
- Masalah yang melibatkan disiplin akan ditangani bersama.
- Setakat ini tiada wad yang spesifik untuk perkhidmatan psikogeriatrik dan kanak-kanak.



